Fattah dan Neelofa Bercinta
Berdasarkan instagran kedua-dua bintang popular Fattah dan Neelofa ini mereka kerap kali memuat naik foto bersama di set penggambaran. Mereka dilihat seperti di lamun cinta untuk kedua pasangan yang sangat cocok ini.
Yang
pastinya jika mereka bercinta, Neelofa bukanlah punca perpisahan di antara
Fattah dan Sherry Ibrahim bulan lalu!
Jika alasan Neelofa mahupun Fattah yang mereka kini rapat kerana watak yang
dibawakan dalam telemovie tersebut, ia
mungkin benar. Sebagai pelakon profesional,
ada kalanya watak yang dijayakan terbawa-bawa ke alam realiti.
Tetapi
yang menjadi persoalan sekarang, Fattah dan Neelofa pernah digandingkan dengan
pelakon lain namun hubungan keakraban mereka bersama pelakon gandingan tidak
seromantik ini. Menurut pengarah #SuriHatiMrPilot, Michael mengakui Fattah dan
Neelofa sedang hangat dilamun cinta! Tetapi hanya sekadar di lokasi
penggambaran.
Dalam
interview bersama BH Online, Michael berkata keserasian mereka sangat hebat
namun jika Neelofa dan Fattah benar-benar sedang bercinta di luar set, Michael
berkata dia tiada hak untuk campur tangan. Namun Michael mengakui berpuas hati
dengan kualiti lakonan yang diberikan
oleh pasangan ini.

