Friday, 23 December 2016

Fattah Amin dan Neelofa Sedang Dilamun Cinta

Fattah dan Neelofa Bercinta

Fattah Amin dan Neelofa Sedang Dilamun Cinta

Berdasarkan instagran kedua-dua bintang popular Fattah dan Neelofa ini mereka kerap kali memuat naik foto bersama di set penggambaran. Mereka dilihat seperti di lamun cinta untuk kedua pasangan yang sangat cocok ini.

Yang pastinya jika mereka bercinta, Neelofa bukanlah punca perpisahan di antara Fattah dan Sherry Ibrahim  bulan lalu! Jika alasan Neelofa mahupun Fattah yang mereka kini rapat kerana watak yang dibawakan dalam  telemovie tersebut, ia mungkin benar. Sebagai pelakon  profesional, ada kalanya watak yang dijayakan terbawa-bawa ke alam  realiti.


Fattah dan Neelofa Bercinta

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, Fattah dan Neelofa pernah digandingkan dengan pelakon lain namun hubungan keakraban mereka bersama pelakon gandingan tidak seromantik ini. Menurut pengarah #SuriHatiMrPilot, Michael mengakui Fattah dan Neelofa sedang hangat dilamun cinta! Tetapi hanya sekadar di lokasi penggambaran.

Dalam interview bersama BH Online, Michael berkata keserasian mereka sangat hebat namun jika Neelofa dan Fattah benar-benar sedang bercinta di luar set, Michael berkata dia tiada hak untuk campur tangan. Namun Michael mengakui berpuas hati dengan  kualiti lakonan yang diberikan oleh pasangan ini.